Wednesday, 2 April 2014



Pemanggang Ajaib Are Ikan
RM 129.00





















Periuk Ajaib Gen 2
RM 168.00


















Periuk goreng Ajaib Gen 3
RM 237.00














Pan Ajaib
RM 149.00















Waffle Ajaib
RM 138.00



  














sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi kami
adam : 011-15742948
sofea : 016-2840122
FB : www.facebook.com/menangmagiccooking

Thursday, 27 February 2014

AYAM PANGGANG

ada kisah disebalik ayam panggang........

mak    : Sape nak makan, mak masak??????
anak2 : xpelah mak...malas nak makan..dah kenyang
mak    : mak masak je lah...sape2 yang lapar nanti,makan je..
anak2 : emmmmmm

15 minit kemudian.....

 
Anak   : Bau apa ni???macam kenal je....mak masak ape tadi????
Mak     : kenapa????bau sedap ke.....???
Anak    : macam bau ayam panggang...mak masak ayam panggang ye?????
Mak     : A'ah.....kenapa???dah lapar ke?????
Anak    : Lapar xdela...tapi terliur.....kira lapar la jugak.....
               Makan seekor ayam pun xpe mak....SEDDDAAAAAPPP SESANGAT......


eeeegggggggggggggggg.........ni lah perangai 2 orang ni...sama je.....
xingat orang dah.....hangit kat alat pemanggang pun boleh dikorek.....LICIN........






 
 


Monday, 24 February 2014

(PELIK TAPI SEDAP ) TV 1 RTM

Pelik Tapi Sedap di TV1 

SETIAP HARI AHAD

JAM 12.05 TENGAH HARI .........

PERNAHKAH anda mendengar nama resipi pelik seperti sup gamat, rojak kateh, sambal kulit ubi kayu, poli ubi, masak lemak Prediator, roti kebulur, chelok kulit tembikai, gulai keropok, bubur picit, apam daun rambai, laksa belut, itik masak kopi dan buah mangga bersalut roti jala?

Memang pelik namanya tetapi menu ini pastinya menarik untuk dicuba dan dihidangkan kepada seisi keluarga. Menerusi TV1, program Pelik Tapi Sedap disiarkan setiap Ahad. 12.05 tengah hari. Program masakan ini yang mengajak penonton berkongsi resipi hidangan lazat di dapur dengan menggunakan produk pemanggang Are IKAN Menang Glassware bersama artis2 jemputan.  
Terkenal dengan berbagai hidangan unik dan tersendiri yang menjadi daya penarik meskipun agak pelik bunyinya, program Pelik Tapi Sedap menjelajah ke serata negeri di seluruh negara untuk mencuba berbagai resepi baru selain memperkenalkan daerah tertentu pada penonton.

Apatah lagi program ini juga mampu menyumbang untuk membantu industri pelancongan tempatan berdasarkan segmen yang sedia ada di mana akan memperkenalkan lokasi sebenar di mana makanan ini boleh didapati seperti di pusat peranginan atau restoran tertentu yang ada menyediakannya.
Malah di samping itu dapat mempopularkan semula beberapa resipi tradisional yang kian dilupakan oleh generasi kini.

Pastinya program ini juga sebagai menyahut kempen kerajaan untuk memupuk semangat jimat cermat dan memperbanyakkan sumber tempatan di dalam menu seharian kerana bahan utama yang digunakan setiap resipi adalah murah dan mudah diperoleh.
Sepanjang setengah jam siarannya, Pelik Tapi Sedap turut menyumbang dalam membantu industri pelancongan dan usahawan dengan memaparkan beberapa lokasi yang ada menyediakan masakan pelik dan makanan unik ini. Sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penggunaan bahan mudah diperoleh dan murah bagi dipelbagaikan dalam menu harian.

Berlatarkan lokasi penggambaran di luar studio sepenuhnya yang bersesuaian dengan konsep program, ia bakal dipersembahkan dalam beberapa segmen menarik di mana Zamzarina dan Zaibo berada di dapur sewaktu menyediakan hidangan.

Menerusi segmen pembukaan, Zaibo akan menjelajah beberapa daerah, pusat peranginan serta restoran dipilih yang menyediakan menu istimewa. Untuk segmen ini pengacara akan menemuramah individu yang pakar dalam penyediaan menu dipilih.

Setiap episod akan disediakan dua resipi istimewa iaitu menu utama dan ringan. Menu utama lebih kepada lauk untuk makan tengahari atau malam. Sementara resipi kedua pula lebih mudah penyediaannya seperti kuih muih tradisional, sajian untuk minum petang, pencuci mulut dan sebagainya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 

Casserole Are Ikan apiware.....


 
HOT ITEM
 
 
 
Casserole Are Ikan apiware.....


Yang ini satu lagi produk Menang Glassware..


Dalam pelbagai saiz:-
1L
1.5 L
2L...
3L
5L

**Diperbuat daripada kaca bermutu tinggi dan diimport 100% dari Perancis
**Boleh digunakan terus diatas api gas,oven @ microwave..dan boleh digunakan untuk menghidang diatas meja.

INFO PENTING...KEASLIAN PRODUK INI...
Warnanye lebih lembut dan penutupnya berwarna lebih gelap
 
 
 
 

Wednesday, 5 February 2014

ANDA NAK MASAK TAPI TAKUT TAK MENJADI???

ADA TAK RASA MACAMTU?????TENGOK LAUK TU LAUK NI...MACAM SEDAP JE..TAPI BOLEH KE NAK MASAK SESEDAP MCM GAMBARTU???KALAU SAYA CAKAP ANDA BOLEH BUAT....MACAM MANE...NI YANG NAK SYER NI....

IKAN PANGGANG



KEK COKLAT MOIST

INI LAH JAWAPANNYA....

SET PEMANGGANG DAN PERIUK AJAIB ARE IKAN...

masak apa pun boleh..rendang,memanggang,mengukus,menggoreng,buat kek.....cepat dan mudah...
terus terang la saya nak kata, sape yang tak ada pemanggang dan periuk ni kat setiap umah,memang rugi besar....

Jom kita tengok chef ni masak guna Pemanggang Ajaib dan Periuk Ajaib Gen 2 Are Ikan...woooww....TERUJANYEEEEE.........















Alang2 dah tengok kan..saya nak syer resepi.






Ikan Pari Bakar Sambal

Bahan-bahan Utk Ikan :
Ikan pari - dibuang perut dan dibersihkan dengan air asam
Garam
Asam jawa
Daun pisang untuk membakar ikan pari

Bahan-bahan Utk Sambal :
Lada kering - direbus dan diblend
Bawang merah - di blend
Bawang putih - di blend
Belacan - ditumbuk
Serai - diracik halus dan ditumbuk
Garam, Gula, secukup rasa
Air asam jawa
Limau kasturi - untuk diperah di atas ikan yang telah dicurah sambal

Cara-cara Membakar Ikan Pari :
Lumurkan ikan pari dengan asam jawa dan garam
Letakkan daun pisang di atas kuali leper
Bakarlah ikan pari sehingga masak di kedua-dua belah ikannya
Setelah masak ketepikan ikannya

Cara-cara Membuat Sambal :
Blendkan lada kering, bawang merah dan bawang putih sehingga hancur 
Tumbukkan serai dan belacan sehingga serai lumat 
Tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan masukkan bahan blend 
Tumiskan jugak bahan yang diblend tadi sehingga garing
Masukkan air asam jawa sedikit
Masukkan garam, gula secukup rasa dan gaul rata semua bahan
Bila sambal sudah nampak memekat, angkat dan curahkan sambal di atas ikan
Letakkan limau kasturi yang dipotong hujungnya diatas sambal ikan 
Boleh dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng ..